Koleksi Pokok Bunga Orkid Paling Cantik Di Bukit Besi

Salam satu Malaysia. Kepada pengemar bunga orkid, anda tentunya mengenali kesemua jenis-jenis orkid bukan? serta tahu menjaga dan menanam bunga yang sangat cantik ini.
Tetapi tidak pada saya, saya hanya baru mengenali dan meminati orkid tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk menjaga dan menanam orkid dengan baik.
Sejak kecil saya hanya melihat orkid-orkid yang ibu saya tanam secara suka-suka di kawasan rumah tetapi saya tidak pernah mengambil tahu apa itu orkid dan jenis-jenisnya.
Tapi pada hari ini saya sangat teruja untuk mengenali orkid dan berkongsi dengan anda semua yang meminati bunga yang sangat cantik ini melalui sebahagian gambar-gambar koleksi orkid yang diberikan oleh seorang warga Bukit Besi yang amat meminati dan menggemari bunga ini.



Berbagai-bagai jenis bunga orkid boleh didapati di rumah beliau. Sama ada orkid hutan atau orkid luar negara, boleh dilihat disekitar rumah warga Bukit Besi ini. Terima kasih kepada saudara Ahmad Ngah kerana sudi berkongsi gambar-gambar beliau untuk paparan anda semua yang membaca. Jom kita lihat gambar-gambar bunga orkid yang terdapat di Bukit Besi.
Koleksi Jenis-Jenis Bunga Orkid Yang Cantik
![]() |
| The Giant Orchid, Grammatophyllum speciosum |
![]() |
| Dendrobium farmeri (syn.Den.densiflorum var farmeri ) |
![]() |
| Robiquetia spatulata (Blume) J.J.Sm. Epiphytic |
![]() |
| Bulbophyllum Medusae |
![]() |
| Spathoglottis plicata Blume Terrestrial |
![]() |
| Dendrobium Hybrid |
![]() |
| Liparis Lacerata |
![]() |
| Coelogyne Fimbriata |
![]() |
| Eria Atrovinosa |
Untuk penjelasan terperinci berkenaan dengan kesemua jenis-jenis orkid di atas, anda perlu menghubungi Tuan Ahmad Ngah iaitu tuan empunya taman orkid terbaik dari Bukit Besi. Anda juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan tentang bunga orkid di dunia melalui forum Orchirds and Plants Malaysia.
Sebenarnya jenis-jenis orkid sangat banyak yang terdapat di Malaysia atau pun seluruh dunia. Sama ada jenis biasa atau orkid hutan, masing-masing mempunyai kelebihan dan sangat cantik dipandang. Peminat orkid pastinya tahu setiap jenis bunga orkid yang dikongsikan di atas.
Petua Orkid Cepat Berbunga
Berikut kami kongsikan juga video bagaimana cara atau petua untuk pokok orkid cepat berbunga untuk mereka yang meminati dan menanam orkid di rumah.
Nota: Ada beberapa jenis bunga orkid yang sangat wangi baunya.
Tags:
Bukit Besi









slm..siapa gerangan tn ahmad tu?blh x nk g tgk koleksi dia?kt duk kjaya je
ReplyDelete@deen yusof Wassalam, boleh, tapi Encik Deen kena pegi Bukit Besi, sampai kat BB cuba tanya kat mana rumah yang ada orkid banyak atau tanya nama Tuan Ahmad Ngah, insyaAllah ramai orang BB kenal. Terima kasih.
ReplyDeleteassalam...bb area mane tu...
ReplyDelete