Senarai Pulse Oximeter Yang Terbaik Lulus KKM (MDA)

Pulse Oximeter Terbaik Malaysia

Jangan beli sebarangan Pulse Oximeter walau yang fungsi terbaik dengan harga murah untuk memeriksa tahap bacaan oksigen kerana ada yang tiruan bukan original serta tak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Medical Device Authority (MDA).

Sememangnya pakar perubatan menyarankan setiap satu rumah harus mempunyai satu alat oximeter ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengetahui keadaan kesihatan setiap orang walau di mana berada.

Ia sangat penting ketika di zaman pandemik ini selain dapat memastikan setiap pesakit Covid 19 yang mempunyai simptom atau pun tidak yang biasanya akan berlaku batuk, sesak nafas, demam dan sebagainya.

Sebagai pengguna, wajib untuk pastikan pulse oximeter yang ingin dibeli bukan alatan palsu, kini banyak dijual di mana-mana termasuk secara online di Shopee, Watson dan Lazada.

Apa Itu Alat Pulse Oximeter?

Mungkin ada yang tidak tahu tentang alat ini yang kini menjadi perhatian di Malaysia serta di seluruh dunia, Ia sejenis alat yang digunakan untuk mengesan kadar bacaan oksigen dalam badan samada rendah atau Happy Hypoxia.

Happy Hypoxia ini adalah pembunuh secara senyap apabila badan seseorang itu mengalami kekurangan oksigen serta jika lambat dirawat atau sukar dikesan kerana COVID-19, orang tersebut boleh meninggal dunia.

Senarai Pulse Oximeter Yang Bagus dan Terbaik


Oximeter yang bagus dan murah

Semestinya setiap oximeter dijual yang bagus murah dan terbaik adalah yang berdaftar dengan pihak MDA iaitu sebuah badan khas yang berada di bawah KKM yang mementingkan original atau asli demi kesihatan semua.

Untuk membuat pembelian, anda seharus lebih peka dan teliti serta juga cerewet tentang ini memandangkan ia mengaitkan dengan kesihatan diri dan juga nyawa seorang manusia yang menggunakannya.

Selain itu, pastikan anda tahu untuk apa alat seperti ini serta apakah fungsi setiap daripadanya dan juga cara guna dari awal sehingga akhir yang banyak dinyatakan di setiap kotak atau bungkusan.

Belilah yang original serta diperakui oleh MDA supaya tidak mengalami kerugian atau ditipu serta dapat guna alat ini dengan baik selain dengan harga asal yang dijual di pasaran bukannya harga yang paling murah.

Berikut adalah senarai Pulse Oximeter yang berkualiti serta telah diluluskan oleh pakar bertauliah selepas kajian dilakukan berpandukan jenama dan fungsi semasa alat tersebut.

1. Oxitech Pulse Oximeter


Cara guna Pulse Oximeter Malaysia

Hanya dengan kuasa dua bateri jenis AAA alkali, ia amat menjimatkan bateri serta mudah digunakan dengan hanya sepitkan di hujung hari agar ia dapat membaca tahap okisgen dalam darah dan juga kadar nadi manusia.

Nombor Pendaftaran yang sah produk oximeter ini adalah GC1574221-53143 seperti yang telah dinyatakan oleh pihak MDA di website rasminya.


2. Medisana PM100


Oximeter bacaan normal paras oksigen atas bawah

Dengan menekan satu butang sahaja yang disediakan, anda akan terus dapat menggunakan fungsinya dengan paparan 6 jenis format iaitu bar, digit, gelombang dan sebagainya. Nombor pendaftaran GC52083234217.


3. Biolight M70C


Omron Fingertip Medisana

Golongan dewasa dan kanak-kanak boleh gunakan oximeter pulse jenis ini kerana ia sangat mudah untuk dibawa ke mana saja dan yang paling penting sangat ringan serta user friendly dengan nombor pendaftaran GC2160119-29755.


4. ChoiceMMed Oxywatch Pulse Oximeter MD300C2


Cara memilih yang berdaftar

Menariknya jenis ini adalah ia tidak mengeluarkan sebarang bunyi sekiranya bacaan kadar oksigen anda normal tetapi penggera akan segera berbunyi apabila menandakan ada sesuatu yang tidak kena iaitu positif.

Walau bagaimanapun, alat oximeter jenis ini hanya untuk golongan dewasa sahaja serta tidak sesuai dengan kanak-kanak. Nombor pendaftaran alat ini adalah GC2160119-29755.


5. Microlife Fingertip Pulse Oximeter OXY 200


Harga oximeter di farmasi

Hanya dengan meletakkan hujung jari sahaja pada bahagian sensor khas tersebut dan tunggu untuk beberapa saat pasti result akan terus keluar pada bahagian skrin LED secara serta merta.

Model jenis ini juga telah mendapat kelulusan yang diiktiraf oleh MDA dengan mempunyai nombor pendaftaran yang sah iaitu GB3615421-57602.


6. Rossmax Handheld Pulse Oximeter SA210


Berry Jumper Yuwell KKM MDA approved

Pulse Oximeter fungsi jenis boleh digunakan secara berterusan untuk menyemak kandungan oksigen yang terdapat dalam darah berserta bacaan denyutan nadi dan memantau masalah apanea sewaktu tidur.

Alat yang mempunyai sistem penggerra yang istimewa ini dapat mengeluarkan bunyi sekiranya bacaan tersebut tidak normal serta turut mempunyai fungsi silent mode untuk memastikan tidak menganggu pesakit yang sedang tidur.

Perbezaan alat ini dengan yang lain adalah ia mempunyai wayar yang berhubung dengan skrin LED utama bersama dengan bahagian probe.


7. AEON Technology Pulse Oximeter A320


Oximeter Shopee dan Lazada

Alat jenis ini pula sesuai untuk semua golongan umur yang mempunyai dua jenis butang iaitu setting dan butang untuk tutup dan buka (on/off).

Penggunaan bateri pula adalah daripada jenis AAA 1.5V Alkaline Battery yang berfungsi dengan kalis percikan air serta telah pun disahkan oleh MDA.


Cara Menggunakan Pulse Oximeter

Setiap seorang pesakit COVID-19 boleh memantau paras oksigen dalam darah serta kadar degupan jantung diri sendiri dengan menggunakan alat ini dengan betul dan tepat.

Cara guna sangat mudah, pemantauan dan catatan dalam buku nota harian anda dapat membantu doktor yang akan memberikan rawatan intensif kepada pesakit berpandukan kepada buku tersebut nanti, untuk rujukan:

  • Paras Oksigen Yang Normal : 95% dan ke atas
  • Kadar Degupan Jantung Normal : 50 sehingga 90 minit

Sila lihat video penerangan dan tutorial daripada Facebook untuk ketahui bagaimana cara-cara untuk menggunakan pulse oximeter untuk memantau tahap kesihatan pesakit atau diri sendiri.


Rujukan Tambahan

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan alat penting ini, kami sediakan pautan untuk memudahkan anda mencari oximeter yang terbaik serta jenama yang terbagus di Shopee dan Lazada seperti berikut.


Kesimpulan

Semua oximeter yang disenaraikan termasuk yang branded di atas diiktiraf oleh pihak Medical Device Authority Register dan anda boleh semak di laman rasmi pihak tersebut di pautan https://mdar.mda.gov.my untuk keterangan lanjut.

Sebenarnya, masih banyak alat Pulse Oximeter boleh didapati di pasaran hari ini, apa yang penting sebagai pembeli anda harus pastikan alat yang dibeli itu telah didaftarkan serta disahkan oleh MDA.

Semoga perkongsian dan review tentang senarai Pulse Oximeter terbaik yang telah pun disahkan serta diluluskan oleh pihak berkuasa ini dapat membantu anda daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog