Cara Buat Sangkar Kucing DIY Guna Paip PVC, Kayu & Besi

Sangkar Kucing

Sangkar kucing amat diperlukan sekiranya anda membela haiwan kesayangan ramai ini dan tak perlu beli lebih baik buat sendiri iaitu DIY dengan kayu, besi, paip PVC dan sebagainya kerana cara untuk membuat kandang sangat mudah.

Jika bajet tinggi atau ada lebihan perbelanjaan, anda boleh beli saja samada di kedai Pet Shop, secara online di Shopee dan Lazada kerana harga sebuah sangkar ada yang murah lebih kurang bawah RM300 mengikut saiz besar dan kecil.

Ada juga kos harganya RM100 tetapi size sangat kecil tak muat untuk diletakkan kucing 3 dan 4 ekor kucing dalam satu masa. Jadi, anda boleh DIY di rumah dengan guna paip PVC seperti yang dikongsikan.

DIY Sangkar Kucing Paip PVC, Kayu dan Besi


Kos untuk membuat sangkar kucing DIY amat murah dan paling penting anda perlu sediakan semua peralatan serta bahan yang harus ada untuk membuatnya seperti dalam gambar di bawah atau boleh saja beli kandang tersebut:

Kos Peralatan Utama

  • Paip PVC dan Connector
  • Jaring Hitam Plastik
  • Nylon Cable Tie

Total keseluruhan menurut BadrulBacter dari Facebook, hanya RM120, untuk paip PVC dan Connector RM40, Jaring Plastik RM70 dan Cable Tie RM10. Murah tak? Kalau beli mungkin lebih daripada kos yang dinyatakan tadi.

Untuk anda yang nak cuba buat sangkar kucing 3 tingkat atau 2 tingkat DIY guna paip PVC ini, sila lihat gambar dengan teliti dan fahamkan dengan betul mengikut keluasan yang ingin anda buat. Tak rugi kalau mencuba.

Cara buat DIY Sangkar Kucing mudah

Sangkar Kucing DIY Guna Besi

Berikut adalah tutorial bagaimana untuk buat sendiri sangkar kucing DIY dengan menggunakan C-Channel yang sangat mudah dan murah daripada channel YouTube Damia dan Family.


Cara Mudah DIY Sangkar Guna Kayu Untuk Kucing

Ini pula sangkar kucing yang menggunakan jaring besi dan kayu yang ditunjukkan melalui channel YouTube How To Art yang membuat tutorial satu persatu daripada awal sehingga selesai.


Sangkar Kucing Murah Shopee & Lazada


Kalau anda bercadang untuk beli sangkar kucing murah untuk anak kucing atau yang dewasa, disediakan beberapa pautan yang mungkin berguna untuk anda buat pilihan dan keputusan berpandukan perkongsian seperti berikut:

1. DIY Panel Pet Cage

Sangkar kucing murah 3 tingkat

1. Kandang kucing jenis ini sangat murah dan mudah untuk dipasang mengikut saiz yang kita mahukan, jika nak sangkar besar maka perlu dibeli kepingan panel pet cage ini dengan banyak berpandukan ukuran sendiri.

Kaedah pemasangan setiap satu juga senang hanya cantumkan dengan clips yang didapati bersama kepingan tersebut seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Ia sesuai untuk semua jenis kucing dan haiwan peliharaan lain seperti arnab, anjing dan sebagainya. Jika guna kandang jenis ini tentunya si bulus anda lebih selesa bergerak ke sana sini dan bermain sepanjang hari.


2. Portable Cat House

Kandang kucing

Material cotton, size mengikut panjang dan lebar serta kecil dan besar iaitu Small 73 CM x 43 CM dan Large 91 CM x 58 CM yang mana amat sesuai untuk anda yang suka travel atau digunakan di rumah sahaja.

Paling menarik ia berkualiti tinggi mempunyai banyak pintu tepi dan bahagian atas dengan reka bentuk yang sangat cantik serta bebas daripada serang serangga seperti nyamuk dan sebagainya.


3. Multi-Color & Style Cat Cage

Guna paip PVC

Untuk keselesaan kucing sangkar ini dicipta dengan cantik sekali serta bertingkat-tingkat seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Harga pula sangat murah mengikut kemampuan setiap pembeli.


4. Pet Cage 2 Kaki

Rumah kucing menggunakan Kayu dan Besi

Jenis yang collapsible serta diperbuat daripada Thick Metal Quality disertakan dengan tray plastik yang menarik bersaiz 30"L x 20"W x 24"H, agak besar dan sesuai untuk dua ekor kucing mungkin.


5. Teddy Cat Cage Three Layer

Kedai, Design, Shopee

Kandang kucing jenis ini ternyata sangat berkualiti serta sesuai dengan harganya yang sedikit mahal. Mempunyai 3 layer seperti dipaparkan dalam gambar dengan berbagai fungsi yang sangat berguna.


6. Super Large Platform

Besar Kecil Jual

Diperbuat daripada material besi yang susah berkarat serta mempunyai 2 tingkat dan dua pintu yang boleh dipilih dengan saiz besar dan kecil mengikut kehendak sendiri dan dilengkapi dengan tayar beroda.


Rujukan Untuk Si Bulus


Kesimpulan

Dalam situasi ini sebenarnya kos dan bajet memainkan peranan utama termasuk masa, kenapa? Jika ada duit lebih sebaiknya belikan saja dan jika punya banyak waktu terluang, boleh buat sendiri di rumah.

Tepuk dada, tanya selera. Apa yang penting sebagai pecinta kucing dan pembela haiwan ini, anda perlu memastikan keselesaan si bulus termasuk kebaikan, kebajikan dan kesihatannya terjamin.

Semoga perkongsian cara untuk membuat sangkar kucing DIY dengan menggunakan besi, kayu dan paip PVC ini dapat memudahkan semua urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog