Senarai Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan Malaysia 2022 (Terkini)

Pasti semua rakyat Malaysia sedang tertunggu-tunggu tentang keputusan Barisan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia bagi tahun 2022 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang diwar-warkan di seluruh media elektronik dan akhbar-akhbar.
Memetik laporan dari Sinar Harian, Perdana Menteri meminta semua anggota-anggota Kabinet yang telah dilantik akan terus menyokongnya berdasarkan kepada polisi berserta komitmen terhadap tadbir urus yang baik, dapat memerangi isu-isu rasuah demi pertumbuhan ekonomi negara.
Perbincangan telah dilakukan bersama-sama dengan pemimpin tertinggi untuk melantik barisan kabinet dari parti gabungan Pakatan Harapan (PH) yang turut membabitkan persetujuan kepimpinan semua parti yang berada di bawah Kerajaan Perpaduan yang baru ini.
Senarai Barisan Menteri Kabinet Malaysia Terkini 2022
Berikut adalah carta organisasi dan senarai penuh ahli Jemaah Menteri atau Barisan Menteri Kabinet Malaysia yang terkini di bawah Kerajaan Perpaduan yang telah diumumkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri untuk menerajui negara.
Perdana Menteri & Menteri Kewangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri & Menteri Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Komunikasi Digital
Fahmi Fadzil

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
Nga Kor Ming

Menteri Pendidikan
Fadhlina Sidek

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Nancy Shukri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Datuk Seri Salahuddin Ayub

Menteri Pertahanan
Datuk Seri Mohamad Hasan

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Kesihatan
Dr Zaliha Mustafa

Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Menteri JPM (Sabah Sarawak)
Datuk Armizan Mohd Ali

Menteri Pelancongan
Datuk Seri Tiong King Sing

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Nik Nazmi Nik Ahmad

Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Ewon Benedick

Menteri Sains dan Teknologi
Chang Lih Kang

Menteri Belia dan Sukan
Hannah Yeoh

Menteri Perpaduan Negara
Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Agama
Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

Menteri Pengangkutan
Anthony Loke Siew Fook

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Mohamad Sabu

Menteri Ekonomi
Mohd Rafizi Ramli

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Pendidikan Tinggi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi
Datuk Seri Azalina Othman Said

Menteri Sumber Manusia
Sivakumar Varatharaju Naidu

Images Source: HotFM
Ini sahaja perkongsian senarai Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan Malaysia bagi tahun 2022 sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Semoga semua rakyat Malaysia terus memberikan sokongan kepada semua ahli-ahli jemaah yang telah dilantik untuk menunaikan tanggungjawab terhadap negara tercinta. - Bukit Besi Blog