Kalkulator Jantina Bayi: Kira Usia Kehamilan Guna NIPT/Ultrasound

{inAds}

Alat atau Kalkulator Kehamilan Jantina Bayi di Malaysia yang percuma ini akan membantu semua ibu bapa memahami pilihan yang paling tepat untuk mengetahui jantina bayi mengikut minggu kehamilan berdasarkan bukti (NIPT ~10 minggu; ultrasound anatomi 18–22 minggu), malahan melalui tool ini juga turut disertakan dengan “Fun Mode” iaitu Kalendar atau Carta Cina sebagai satu hiburan semata-mata.

Walau bagaimanapun, sekiranya ramalan yang anda lakukan dengan menggunakan kalkulator ini didapati ianya tepat, itu adalah satu kebetulan. Untuk maklumat dan keputusan yang lebih baik, sila rujuk pada pihak yang berwajib.

Kalkulator Jantina Bayi

Masukkan tarikh haid terakhir (LMP) atau tarikh dijangka bersalin (EDD) dan umur ibu untuk dapatkan: Anggaran usia kehamilan Pilihan ujian paling tepat ikut minggu Optional “Fun Mode” (Carta Cina) – Sekadar Hiburan

Option 1. Jika diisi, EDD dikira automatik
Option 2. Isi salah satu saja
Nota penting: Kalkulator ini memberi panduan berdasarkan bukti. Penentuan jantina yang paling tepat adalah melalui NIPT (~10 minggu ke atas) dan imbasan ultrasound trimester kedua. “Fun Mode” (Carta Cina) ialah hiburan semata-mata.
Sila rujuk Pakar Perubatan untuk mendapatkan result yang tepat untuk kesihatan.

Cara Guna Kalkulator Jantina Bayi (Baby Gender Calculator)

Ikuti langkah di bawah untuk menggunakan Kalkulator Jantina Bayi di laman ini. Panduan ini membantu anda mengira usia kehamilan (berdasarkan LMP atau EDD) dan memilih ujian penentuan jantina yang paling tepat (cth. NIPT & ultrasound) pada minggu yang sesuai.

LMP/EDD Usia kehamilan NIPT & Ultrasound Fun Mode (Carta Cina) Percuma
  1. Pilih satu: masukkan LMP atau EDD.
    LMP = tarikh hari pertama haid terakhir. Jika anda pilih EDD, sistem akan anggar LMP secara automatik (kaedah Naegele, 280 hari). Elak isi kedua-duanya serentak untuk ketepatan pengiraan.
  2. Masukkan umur ibu (tahun) jika mahu aktifkan “Fun Mode”.
    Umur ibu diperlukan hanya untuk Fun Mode (Carta Cina). Ini sekadar hiburan 50/50 dan tidak mempengaruhi saranan ujian klinikal.
  3. Klik butang Kira untuk menjana keputusan.
    Kalkulator akan memaparkan usia kehamilan (minggu & hari), LMP/EDD yang digunakan dan ringkasan tahap kehamilan semasa.
  4. Semak “Saranan Ujian Jantina Paling Tepat”.
    Bergantung pada minggu kehamilan, anda akan lihat cadangan seperti NIPT (≈≥10 minggu) atau ultrasound anatomi (≈18–22 minggu). Ini membantu anda memilih kaedah berasas bukti untuk mengetahui jantina bayi.
  5. (Pilihan) Aktifkan Fun Mode untuk Carta Cina.
    Hasil “lelaki/perempuan” di sini hanyalah hiburan — ketepatan anggaran sekitar 50/50. Keputusan klinikal tetap perlu melalui NIPT/ultrasound.
    Amaran: Jangan jadikan Fun Mode sebagai rujukan perubatan.
  6. Simpan atau share result.
    Catat LMP/EDD dan minggu kehamilan untuk rujukan klinik. Anda juga boleh baca artikel berkaitan dengan panduan penuh mengenai Ramalan Jantina Anak Lelaki dan Perempuan dan perbandingan NIPT vs ultrasound bagi pelawat lain.

{inAds}

Soalan Lazim Mengenai Kalkulator Jantina Bayi di Malaysia (FAQ)

Bilakah ujian jantina paling tepat boleh dilakukan?

Untuk NIPT ianya dalam sekitar kurang daripada ≥10 minggu dan ultrasound anatomi pula, 18–22 minggu, lazimnya paling tepat.

Adakah Ramzi / Shettles/ Kalendar atau Carta Cina tepat?

Tidak bukti sahih yang mengatakan ianya tepat, anggaran sekitar 50/50 seperti anda melambung syiling untuk menilik nasib. Biasanya ia hanya sekadar untuk hiburan sahaja.

Bolehkah alat ini menentukan jantina anak lelaki atau perempuan?

Alat ini tidak meneka tetapi ia memberikan panduan berdasarkan kepada usia kehamilan untuk ujian yang tepat (NIPT/ultrasound).

Saya dah isi LMP & EDD sekali gus tapi kenapa masih ada ralat?

Anda hanya perlu pilih satu sahaja: LMP atau EDD. Kedua-dua kaedah tersebut menganggarkan usia kehamilan tetapi dengan formula yang amat berbeza.

Adakah sesebuah keputusan perubatan terutamanya membabitkan kehamilan dan jantina anak memerlukan pengesahan daripada doktor?

Ya. Anda wajib rujuk kepada pihak profesional kesihatan yang bertauliah untuk sebarang kemusykilan, pertanyaan yang berkaitan dan juga untuk keputusan klinikal yang lebih tepat.